greeting

ucapan

Saturday 5 September 2015

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Logo Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

 Malaysia telah menyertai PBB pada 19 September 1957 selepas mencapai kemerdekaan . Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara anggota serta tidak ada negara yang boleh campur tanagan dalam hal ehwal negara lain.PBB juga bermatlamat mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman. Selain itu,kerjasama dalam pelbagai bidang adalah diperlukan.PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia,

i. Perhimpunan Agung PBB
ii. Majlis keselamatan


 Sosioekonomi pula dilaksanakan oleh Sekretariat PBB seperti WHO, ILO, UNESCO, IMF, UNPROFOR, UNISCOM dan UNCTAD . Malaysia sentiasa percaya kepada kepentingan PBB untuk memperoleh keamanan dan kesejahteraan dunia.Kepercayaan PBB kepada kebolehan dan kemampuan Malaysia jelas apabila Malaysia telah dipilih untuk memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu pembangunan negara.Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDATT,iaitu agensi antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah.Malaysia juga terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengaman di Congo (1961),Somalia (1995),Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990).

Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah seperti:

1.WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat.
2.FAO membantu pengeluaran makanan .
3.UNESCO telah memajukan sistem pendidikan negara.

Sekretariat PBB

No comments:

Post a Comment