greeting

ucapan

Saturday 5 September 2015

Peranan Asean

Negara-negara ASEAN

Penubuhan ASEAN telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dan telah dipersetujui oleh negara-negara seperti Singapura,Thailand,Indonesia dan Filipina.Pada 8 Ogos 1967 semua pemimpin negara termasuk Malaysia telah bersetuju menandatangani satu perjanjian untuk penubuhan ASEAN . Pada tahun 1984 Brunei telah menyertai ASEAN dan pada tahun 1997 bertambah apabila 3 buah negara telah menyertai iaitu Vietnam,Laos dan Myanmar.


 Dalam ASEAN,Malaysia telah banyak mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian,kerjasama ekonomi,politik,social da kebudayaan,pendidikan dan kesihatan,kepentigan social dengan negara-negara anggota lain.Dari segi keselamatan,ASEAN telah bersetuju memperkenalkan konsep Zon Aman,bebas dan berkecuali (ZOFPAN) di semua negara ASEAN.Selain itu semua negara ASEAN juga setuju untuk mengelakkan daripada menjadi tempat persaingan tenaga nuclear dan menerima konsep South East Asia Nuclear Weapons Free Zone(SEANWFZ).Kerjasama dalam bidang pendidikan bertujuan untuk berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut-penuntut dari negara anggota.ASEAn telah menubuhkan persidangan menteri-menteri pelajaran ASEAN(SEAMEO) dan diagihkan kepada beberapa buah negara ASEAN seperti RESCAM untuk melatih guru sains dan matematik di pulau pinang,RELC untuk melatih pegawai meningkatkan prestasi penguasan bahasa Ingeris di Singapura.INOTEC di filipina untuk melahirkan penyelidikan pertanian dan TROMPED di negara Thailand untuk menjalankan penyelidikan kesihatan awam.


 Semenjak penubuhannya, ASEAN telah berkembang pesat dan berpotensi meraih kejayaan yang lebih dalam lagi dalam bidang politik dan ekonomi . ASEAN juga telah berjaya meraih dividen besar iaitu keamanan dan kestabilan rantau . Bagi Malaysia ASEAN akan sentiasa menjadi tunggak dasar hubungan luar Malaysia . Selain itu,Malaysia juga gigih berusaha untuk mencapai kerjasam ASEAN.Ini merupakan kerjasama diantara ASEAN,Korea,Jepun dan China.Malaysia amat berpuas hati dengan evolui kerjasama ini.Malaysia yang menjadi tuan rumah pada tahun 2005-2006 akan terus mengambil langkah dan peranan utama untuk menjayakan apa jua matlamat yang ingin dicapai.
 Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan perdana menteri,beliau telah mengariskan tiga pendekatan baharu Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan ASEAN secara lebih berkesan agar dapat menjamin rantau ini kekal dinamik.

Bagi aspek integrasi ekonomi,ASEAN pasti boleh berbangga apabila berjaya manghapuskan tariff ke atas 11 sektor utama yang akan di laksanakan oleh enam buah negara menjelang 2007.iaitu Malaysia,Indonesia,Thailand Singapura,Filipina dan Brunei.tambahan pula empat buah negara lagi ialah Laos,Kemboja,Myanmmar dan Vietnam pada tahun 2012.

No comments:

Post a Comment