greeting

ucapan

Saturday 5 September 2015

Peranan Komenwel

Bendera Komanwel


 Pertubuhan ini dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan British dan Malaysia.Malaysia menyertai setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 . Matlamat penubuhan komenwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan ekpnomi,pendidikan,pertahanan,pertanian dan perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British . Sejak menjadi ahli komenwel pada tahun 1957,Malaysia telah mengutarakan beberapa isu seperti masalah perdagangan antarabangsa,penjajahan dan penentangan terhadap isu apartheid di Africa Selatan . Dalam satu ersidangan Ketua-ketua negara komanwel(CHOGM) di bahamas(1985) dan di Vancouver(1987),Malaysia telah menyarankan badan dunia ini memainkan pernan yang lebih agresif dalam menangani isu ketidak adilan dan Malaysia sebagai tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989.


 Dalam persidangan itu,selain membincangkan isu apartheid,kemerdekaan Namibia,masalah dadah,keuluran dan kemiskinan di afrika,ekonomi antarabangsa,konflik asia barat,konflik afghanistan dan Kampuchea,ada satu isu yang menarik perhatian negara dunia iaitu tentang isu alam sekitar.Kemerosotan dan pencemaran alam sekitar,ketua-ketua negara Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan yang dinyatakan:

i. Pertubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharan alam sekitar
ii. Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun
iii. Pengurangan pencemaran laut
iv. Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon

Negara-negara Komanwel


 Melalui komanwel,Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan,perdagangan,pembangunan sains dan teknologi,pertanian,pendidikan,kewangan dan sebagainya . Dalam bidang pertahanan Malaysia telah mendapat beberapa bantuan ketenteraan khususnya untuk peringkat 10 tahun selepas kemerdekaan .

Antara logo Sukan komanwel



Selain itu Malaysia juga telah mengadakan latihan ketenteraan bersana beberapa buah negara komanwel . Malaysia juga telah disokong oleh negara-negara maju dalam komanwel seperti pemberian status Skim Keutamaan Am(GSP) bagi barang Malaysia . Melalui rancangan Colombo,Malaysia telah mendapat khidmat nasihat mengenai pendidikan, pertanian, teknikal, kesihatan dan sebagainya . Malaysia pernah menjadi tuan rumah dalam sukan komanwel pada tahun 1998.

No comments:

Post a Comment