greeting

ucapan

Monday 24 August 2015

Dasar Malaysia Tentang Hal Ehwal Serantau Dan Dunia

Pendahuluan:

Kesemua Negara di dunia mempraktikkan premis tersebut dalam penggubalan dasar luar hubunganya dengan Negara lain. Bagi Malaysia,amat penting agar usaha serta langkah yang kita ambil adalah berpandukan objektif menjamin keselamatan serta kemakmuran Negara dan juga menentukan keamanan di rantau Asia Tenggara terus berkekalan. Harus ditekankan bahawa kepentingan Negara kita sebenarnya amat meluas dan tidak hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan semata-mata bahkan melibatakn juaga kegiatan ekonomi Negara.

Menyedari betapa pentingnya Negara terus maju dan produktif,kerajaan mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan bercorak antarabangsa. Sektor pembuatan merupakn tunggak utama ekonomi Negara dan kebanyakan barangan yang dihasilkan adalah untuk dieksport. Sebagai sebuah Negara dagang,Malaysia perlu menjalin hubungan baik dengan dunia luar.

Kedaulatan Negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan  antarabangsa. Oleh itu,pengendalian dasar luar Negara perlulah bercerminkan keadaaan yang sedemikian rupa. Justeru,Malaysia lantang menyuarakan idea di persada antarabangsa. Malaysai juga berkerjasama dengan Negara-negara dunia lain dalam usaha mengutarakan kedudukan kita berasaskan kepentingan Negara.


Objektif Dasar Luar Negara:

Secara ringkas, Objektif-objektif dasar luar Negara antara lain adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara lain. Menangani perkembangan dan cabaran politik,ekonomi keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa. Mempertahankan dan memajukan hak kepentingan dan inspirasi Malaysia dalam semua bidang. Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.

Peranan Kementerian Luar Negeri:

Kementerian luar negeri ialah sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat dan tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan Negara-negara asing. Ini merangkumi perkara-perkara berhubung dengan hubungan politik,hal ehwal keselamatan serta promosi sosial dan kebudayaan. Kementerian ini dipertanggungjawabkan untuk menepati objektif-objektif tersebut,menguruskan hubungan dua hala,hubungan serantau dan pelbagai hala dengan Negara-negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini merangkumi bidang politik,ekonomi dan kebudayaan. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan Negara-negara asing. Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan,pentadbiran am,kewangan,kaunselor,keselamatan dan komunikasi.


Misi kementerian luar negeri adalah melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang ke arah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif.