greeting

ucapan

Saturday 5 September 2015

Peranan NAM

Logo Sidang kemuncak NAM di Tehran 2012
NAM atau singkatan baginya ialah 'the Non-Aligned Movement', juga dikenali sebagai Pergerakan Negara-negara Berkecuali telah diasaskan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade,Yogoslavia.

Penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang mendominasi dunia pada ketika itu . Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969 . Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali,iaitu tidak berpihak pada Blok Barat atau Blok Timur.NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara . Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam pergerakan NAM kerana dasar NAM seiring dengan pendirian Malaysia.

Setem yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia
sempena Malaysia menjadi tuan rumah persidangan 

 Malaysia mahu berinteraksi dengan semua negara tanpa megira ideologi politik dan faedah daripadanya.Malaysia telah diberi penghormatan apabila dilantik menjadi Naib presiden NAM pada tahun 1989 di Belgrade . Malaysia dilantik menganggotai Kumpulan 15(G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit yang ditugaskan untuk menbincangkan isu-isu yang berkaitan dengan politik dan ekonomi negara-negara NAM . Pada bulan Februari 2003,Malaysia telah menjadi tuan rumah persidangan.Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota,iaitu 2/3 daripada jumlah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB)

No comments:

Post a Comment