ulang kaji pengajian malaysia
greeting
ucapan
Saturday, 5 September 2015
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Logo Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) |
Malaysia telah menyertai PBB pada 19 September 1957 selepas mencapai kemerdekaan . Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara anggota serta tidak ada negara yang boleh campur tanagan dalam hal ehwal negara lain.PBB juga bermatlamat mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman. Selain itu,kerjasama dalam pelbagai bidang adalah diperlukan.PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia,
i. Perhimpunan Agung PBB
ii. Majlis keselamatan
Sosioekonomi pula
dilaksanakan oleh Sekretariat PBB seperti WHO, ILO, UNESCO, IMF, UNPROFOR, UNISCOM
dan UNCTAD . Malaysia sentiasa percaya kepada kepentingan PBB untuk memperoleh
keamanan dan kesejahteraan dunia.Kepercayaan PBB kepada kebolehan dan kemampuan
Malaysia jelas apabila Malaysia telah dipilih untuk memimpin negara-negara
Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu pembangunan
negara.Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDATT,iaitu agensi
antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah.Malaysia
juga terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengaman di Congo (1961),Somalia (1995),Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq
(1990).
Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah seperti:
1.WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat.
2.FAO membantu pengeluaran makanan .
3.UNESCO telah memajukan sistem pendidikan negara.
Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah seperti:
1.WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat.
2.FAO membantu pengeluaran makanan .
3.UNESCO telah memajukan sistem pendidikan negara.
Sekretariat PBB |
Peranan NAM
Logo Sidang kemuncak NAM di Tehran 2012 |
Penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada
perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union
yang mendominasi dunia pada ketika itu . Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969
. Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali,iaitu tidak berpihak pada
Blok Barat atau Blok Timur.NAM berpegang kepada prinsip menghormati
kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara . Malaysia melibatkan diri
secara aktif dalam pergerakan NAM kerana dasar NAM seiring dengan pendirian
Malaysia.
Malaysia mahu
berinteraksi dengan semua negara tanpa megira ideologi politik dan faedah
daripadanya.Malaysia telah diberi penghormatan apabila dilantik menjadi Naib
presiden NAM pada tahun 1989 di Belgrade . Malaysia dilantik menganggotai
Kumpulan 15(G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit yang ditugaskan untuk
menbincangkan isu-isu yang berkaitan dengan politik dan ekonomi negara-negara
NAM . Pada bulan Februari 2003,Malaysia telah menjadi tuan rumah
persidangan.Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga
tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota,iaitu 2/3 daripada jumlah Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu(PBB)
Peranan Komenwel
Bendera Komanwel |
Pertubuhan ini dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan British dan Malaysia.Malaysia menyertai setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 . Matlamat penubuhan komenwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan ekpnomi,pendidikan,pertahanan,pertanian dan perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British . Sejak menjadi ahli komenwel pada tahun 1957,Malaysia telah mengutarakan beberapa isu seperti masalah perdagangan antarabangsa,penjajahan dan penentangan terhadap isu apartheid di Africa Selatan . Dalam satu ersidangan Ketua-ketua negara komanwel(CHOGM) di bahamas(1985) dan di Vancouver(1987),Malaysia telah menyarankan badan dunia ini memainkan pernan yang lebih agresif dalam menangani isu ketidak adilan dan Malaysia sebagai tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989.
Dalam persidangan
itu,selain membincangkan isu apartheid,kemerdekaan Namibia,masalah
dadah,keuluran dan kemiskinan di afrika,ekonomi antarabangsa,konflik asia
barat,konflik afghanistan dan Kampuchea,ada satu isu yang menarik perhatian
negara dunia iaitu tentang isu alam sekitar.Kemerosotan dan pencemaran alam
sekitar,ketua-ketua negara Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau
tindakan yang dinyatakan:
i. Pertubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharan alam
sekitar
ii. Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara
maju dan sedang membangun
iii. Pengurangan pencemaran laut
iv. Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon
Melalui komanwel,Malaysia
telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama
pertahanan,perdagangan,pembangunan sains dan
teknologi,pertanian,pendidikan,kewangan dan sebagainya . Dalam bidang
pertahanan Malaysia telah mendapat beberapa bantuan ketenteraan khususnya untuk
peringkat 10 tahun selepas kemerdekaan .
Selain itu Malaysia juga telah mengadakan latihan ketenteraan bersana beberapa buah negara komanwel . Malaysia juga telah disokong oleh negara-negara maju dalam komanwel seperti pemberian status Skim Keutamaan Am(GSP) bagi barang Malaysia . Melalui rancangan Colombo,Malaysia telah mendapat khidmat nasihat mengenai pendidikan, pertanian, teknikal, kesihatan dan sebagainya . Malaysia pernah menjadi tuan rumah dalam sukan komanwel pada tahun 1998.
Peranan OIC
Logo OIC |
OIC bertindak sebagai
satu forum khusus untuk negara negara islam bagi mewujudkan perpaduan sesama
ummah khususnya mengenai konflik Israel-palestin .
OIC diubuhkan pada tahun
1971 atas cadangan Malaysia.Malaysia diberikan penghormatan apabila Tunku Abdul
Rahman dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama.Pejabat OIC terletak
di Jeddah Arad Saudi.
Sebagai negara
islam.Malaysia berpendapat bahawa hubungan dengan negara-negara islam sangat
mustahak . OIC juga erperanan membendung segala unsur jahat yang menindas umat
ismlam di seluruh dunia.Malaysia menjadi pengerusi kepada sidang kemuncak OIC
ke-10 sehingga bulan oktber 2006.
Peranan Asean
Negara-negara ASEAN |
Penubuhan ASEAN telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dan telah dipersetujui oleh negara-negara seperti Singapura,Thailand,Indonesia dan Filipina.Pada 8 Ogos 1967 semua pemimpin negara termasuk Malaysia telah bersetuju menandatangani satu perjanjian untuk penubuhan ASEAN . Pada tahun 1984 Brunei telah menyertai ASEAN dan pada tahun 1997 bertambah apabila 3 buah negara telah menyertai iaitu Vietnam,Laos dan Myanmar.
Dalam ASEAN,Malaysia
telah banyak mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian,kerjasama ekonomi,politik,social
da kebudayaan,pendidikan dan kesihatan,kepentigan social dengan negara-negara
anggota lain.Dari segi keselamatan,ASEAN telah bersetuju memperkenalkan konsep
Zon Aman,bebas dan berkecuali (ZOFPAN) di semua negara ASEAN.Selain itu semua negara
ASEAN juga setuju untuk mengelakkan daripada menjadi tempat persaingan tenaga
nuclear dan menerima konsep South East Asia Nuclear Weapons Free
Zone(SEANWFZ).Kerjasama dalam bidang pendidikan bertujuan untuk berkongsi
kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut-penuntut dari negara anggota.ASEAn
telah menubuhkan persidangan menteri-menteri pelajaran ASEAN(SEAMEO) dan
diagihkan kepada beberapa buah negara ASEAN seperti RESCAM untuk melatih guru
sains dan matematik di pulau pinang,RELC untuk melatih pegawai meningkatkan
prestasi penguasan bahasa Ingeris di Singapura.INOTEC di filipina untuk
melahirkan penyelidikan pertanian dan TROMPED di negara Thailand untuk
menjalankan penyelidikan kesihatan awam.
Semenjak penubuhannya,
ASEAN telah berkembang pesat dan berpotensi meraih kejayaan yang lebih dalam
lagi dalam bidang politik dan ekonomi . ASEAN juga telah berjaya meraih dividen
besar iaitu keamanan dan kestabilan rantau . Bagi Malaysia ASEAN akan sentiasa
menjadi tunggak dasar hubungan luar Malaysia . Selain itu,Malaysia juga gigih
berusaha untuk mencapai kerjasam ASEAN.Ini merupakan kerjasama diantara
ASEAN,Korea,Jepun dan China.Malaysia amat berpuas hati dengan evolui kerjasama
ini.Malaysia yang menjadi tuan rumah pada tahun 2005-2006 akan terus mengambil
langkah dan peranan utama untuk menjayakan apa jua matlamat yang ingin dicapai.
Semasa Tun Abdullah
Ahmad Badawi menjawat jawatan perdana menteri,beliau telah mengariskan tiga
pendekatan baharu Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan ASEAN
secara lebih berkesan agar dapat menjamin rantau ini kekal dinamik.
Bagi aspek integrasi ekonomi,ASEAN pasti boleh berbangga
apabila berjaya manghapuskan tariff ke atas 11 sektor utama yang akan di
laksanakan oleh enam buah negara menjelang 2007.iaitu Malaysia,Indonesia,Thailand
Singapura,Filipina dan Brunei.tambahan pula empat buah negara lagi ialah
Laos,Kemboja,Myanmmar dan Vietnam pada tahun 2012.
Monday, 24 August 2015
Dasar Malaysia Tentang Hal Ehwal Serantau Dan Dunia
Pendahuluan:
Kesemua Negara di dunia mempraktikkan premis tersebut dalam penggubalan dasar luar hubunganya dengan Negara lain. Bagi Malaysia,amat penting agar usaha serta langkah yang kita ambil adalah berpandukan objektif menjamin keselamatan serta kemakmuran Negara dan juga menentukan keamanan di rantau Asia Tenggara terus berkekalan. Harus ditekankan bahawa kepentingan Negara kita sebenarnya amat meluas dan tidak hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan semata-mata bahkan melibatakn juaga kegiatan ekonomi Negara.
Menyedari betapa pentingnya Negara terus maju dan produktif,kerajaan mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan bercorak antarabangsa. Sektor pembuatan merupakn tunggak utama ekonomi Negara dan kebanyakan barangan yang dihasilkan adalah untuk dieksport. Sebagai sebuah Negara dagang,Malaysia perlu menjalin hubungan baik dengan dunia luar.
Kedaulatan Negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan antarabangsa. Oleh itu,pengendalian dasar luar Negara perlulah bercerminkan keadaaan yang sedemikian rupa. Justeru,Malaysia lantang menyuarakan idea di persada antarabangsa. Malaysai juga berkerjasama dengan Negara-negara dunia lain dalam usaha mengutarakan kedudukan kita berasaskan kepentingan Negara.
Objektif Dasar Luar Negara:
Secara ringkas, Objektif-objektif dasar luar Negara antara lain adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara lain. Menangani perkembangan dan cabaran politik,ekonomi keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa. Mempertahankan dan memajukan hak kepentingan dan inspirasi Malaysia dalam semua bidang. Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.
Peranan Kementerian Luar Negeri:
Kementerian luar negeri ialah sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat dan tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan Negara-negara asing. Ini merangkumi perkara-perkara berhubung dengan hubungan politik,hal ehwal keselamatan serta promosi sosial dan kebudayaan. Kementerian ini dipertanggungjawabkan untuk menepati objektif-objektif tersebut,menguruskan hubungan dua hala,hubungan serantau dan pelbagai hala dengan Negara-negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini merangkumi bidang politik,ekonomi dan kebudayaan. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan Negara-negara asing. Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan,pentadbiran am,kewangan,kaunselor,keselamatan dan komunikasi.
Misi kementerian luar negeri adalah melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang ke arah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif.
Subscribe to:
Posts (Atom)